Semua orang yang berminat dengan politik sedang menunggu tarikh keramat ini, iaitu tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) Malaysia. Berbagai isu ditimbulkan oleh kedua dua pihak (di pihak kerajaan dan pembangkang) dan diharap rakyat bijak memilih calon-calon yang memiliki kredibiliti dan mereka yang tidak ada isu moral. Pemimpin yang dipilih mestilah mereka yang memiliki moral yang tinggi menurut fakta (tiada kes mahkamah) dan kelihatan bermoral (tidak ada orang memperkatakan isu moral si polan atau si polan). Dengan kata lain, bermoral in fact and in appearance. Di samping itu, pemimpin yang dipilih mestilah cakap serupa bikin (i.e. walk the talk). Ini dilihat dari tindakan-tindakan mereka sebelum ini sebagai bukti cakap serupa bikin.
No comments:
Post a Comment